Ayie Ibrahim
Ayie Ibrahim

Ayie Ibrahim

Ayie Ibrahim, anak kelahiran Johor. Dilahirkan pada 1976. Beliau adalah salah seorang daripada beberapa Animator Hebat di Malaysia. Beliau adalah pereka dan pelukis animasi yang berlatarkan Animasi 2D (2 Dimensi).Animasi 2D adalah salah satu daripada pelbagai genre penghasilan animasi di dunia. Animasi 2D berkehendakkan perekanya melukis helaian-demi helaian bagi menghasilkan ilusipergerakan yang menghasilkan sesebuah persembahan animasi. Biasanya sesebuah animasi dimainkan dalam kiraan 12-25 frame sesaat (12-25 fps) untuk menyajikan satu persembahan animasi yang baik. Sesebuah animasi yang baik memerlukan ketelitian penghasilan terutamanya memahami dan menguasai 12 prinsip animasi yang telah digariskan oleh penerbitan Walt Disney selain prinsip-prinsip asas pergerakan animasi yang lain. Di sinilah kehebatan dan keupayaan Saudara Ayie Ibrahim. Beliau sangat menguasai kemahiran animasi serta prinsip-prinsip animasi berkenaan. Maka tidak hairanlah sentuhan dan buah tangan animasi beliau sangat mahal dan sering menjadi contoh ikutan kepada penerbit animasi yang lain. Dengan kepakaran dan kehebatan beliau sepanjang menyusur arus Industri Animasi Malaysia, kini beliau adalah pengasas dan teraju utama di CreaTVtoon Sdn Bhd. Selain itu beliau juga menyumbang buah fikir dan kemahiran beliau melalui pendidikan dalam usaha meramaikan lagi pelapis dalam industri animasi terutamanya animasi 2D Malaysia.
Antara guru bagi beliau dalam animasi adalah Allahyarham Kamn Ismail dan Ujang di penerbitan Kharisma Pictures (penerbit animasi Usop Sontorian). Kemudiannya beliau berguru pula dengan Pak Hassan Abdul Muthalib melalui penerbitan animasi Silat Legenda sebuah Filem Cereka Animasi Pertama di Malaysia. Selain itu, sepanjang berkarya, nama Mike Ibrahim dan CD Hamdan juga tidak dapat dinafikan sebagai antara guru-guru beliau.
Kini, beliau sedang mengusahakan penerbitan sebuah filem pendek Animasi The Pillar of Strength, iaitu sebuah animasi mengangkat kehidupan pahlawan Iban sebagai sebuah khazanah baharu animasi tanah air.

Ayie Ibrahim

Pekerjaan
  • Producer
  • Director
  • Animator
  • Storyboard Artist
  • Voice Actor
  • Animation Lecturer
Tahun aktif 1995–present
Anugerah Best Animation Director, Malaysia Animation Award 2011
Karya terkenal The Pillar of Strength
Kelahiran
Mohamed Khairi bin Ibrahim